Eksperimentalis tunggal laman ini yang ternyata masih kerdil dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi. Hasil karyanya banyak berorientasikan suasana siasah & politik, seni, budaya, sejarah, pembangunan bangsa, bahasa dan juga bersifat peribadi. Dalam mengupas pelbagai isu, si penulis banyak melakukan kajian dan penyelidikan dari pelbagai sumber dan diadun dengan pengetahuan berdasarkan pengalaman si penulis sendiri bagi menggarap satu suasana pencetus minda sebaik-baiknya. Jadi, karyanya adalah hasil influensi dari pelbagai dan tidak semestinya melambangkan si penulis itu sendiri. Penulisannya yang berintikan teori dan berlapiskan emosi sengaja direncah bagi meninggalkan impak yang mendalam kepada pembaca. Si penulis yang gemar bereksperimentasi bermaksud karyanya tidak seharusnya dianggap 100% tepat dan berjaya kerana analisa harus dilakukan terlebih dahulu dalam usaha membuktikan inferens dan hipotesis yang dibuat benar-benar mapan dan jitu. Kecenderungan dalam persekitaran polemik politik, seni dan umum sedikit sebanyak telah membantu si penulis dalam membentangkan rencananya.
Merupakan kesinambungan wadah perjuangan si penulis berkarya yang mana pada awalnya dimuatkan di dalam blog di sebuah laman jaringan sosial. Sini merupakan medan baru bagi si penulis bereksperimentasi melalui hasil karyanya dalam bidang penulisan dan kesenian. Pelbagai bentuk gagasan pemikiran, pandangan, kritikan dan tentangan dilemparkan si penulis yang mendefinisikannya sebagai salah satu terapi untuk dirinya dan pembaca bercakna. Segala karya yang dimuatkan di sini tidak ada salah dan tidak ada betulnya. Si penulis amat mengalu-alukan respon dari pembaca untuk menyuarakan segala jenis komen, pandangan, kritikan mahupun tentangan terhadap hasil penulisannya bagi sama-sama membentuk diri ke arah yang lebih baik dan sempurna.
Merupakan label yang menghimpunkan koleksi gambar yang dirakam si penulis di waktu lapang. Dijadikan portfolio sebagai testimoni kepada bidang seni fotografi yang baru diceburinya.
Pautan jaringan sosial:



