Rabu, Mac 11, 2009

saman & solusinya: ini yang kita tak tahu..

Anda selalu disaman?
Anda sangat bengang dengan saman yang diterima?
Anda seperti mahu menyaman pegawai sekuriti UTP yang meletakkan motor Jaguhnya dengan sewenang-wenang?
Anda masih tercari-cari solusinya?
Jangan khuatir. Kami ada jawapannya.
Berbekalkan perasaan bengang yang terbuku di hati setelah memperolehi 3 saman kereta secara berturut-turut dari pihak sekuriti, aku terus mengambil langkah drastik dengan mengorbankan sebahagian daripada duit tajaan yang baru mencium bau akaun aku.

Apa yang aku lakukan dengan duit tajaan tersebut?
Ini yang kita tak tahu! Dan kita akan cuba mengupasnya di bawah.
Teruskan membaca hadirin yang budiman.

Jika anda fikir duit yang ada digunakan untuk membayar saman berkenaan, anda salah! Jika aku sudah masak dan muak dengan saman atas kesalahan meletak kenderaan di atas kotak dan garisan kuning, kini tidak lagi. Saman terbaru yang diterima adalah atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan iaitu di jalan berhampiran Blok 5.

Perasaan berbaur kecewa mula terpahat apabila aku menyangkakan tempat berkenaan adalah termaktub dalam hukum halal. Hal ini kerana sepanjang aku berada di UTP, tidak pernah pula aku menerima saman seumpamanya di situ. Namun pada hari itu segala-galanya telah berubah.
Setelah pulang dari kelas lebih kurang jam 12 tengah hari, aku pun masuk ke dalam kereta dengan riang gembira tanpa mengetahui natijah yang menimpa. Ketika aku cuba menghidupkan enjin kereta, aku terpandang sekeping kertas yang sangat aku kenali tersemat kemas pada pengelap cermin kereta. Aku lantas keluar untuk mendapatkannya sambil anak mataku meliar mencari mangsa senasib. Pencarianku hampa. Dalam kebanyakan kereta yang tersusun di situ, hanya aku yang menerimanya. Sekeping notis amaran pun tidak aku temui pada kereta lain jika ia sekurang-kurangnya mampu mententeramkan sedikit jiwa yang meruntun ini walaupun bukanlah saman seperti yang aku terima. Mengapa perkara ini berlaku? Ini yang kita tak tahu! Mungkin pihak sekuriti menanam dendam kesumat ke atas aku hasil dari ‘post’ yang dibuat sebelum ini.

Sejak dari insiden malang yang menimpa itu, aku tekad dengan satu azam. Biarlah apa orang kata, aku akan tetap melakukannya. Pada tanggal 26 Februari, aku menerjah ke Taman Maju selepas tamatnya kelas dengan perasaan berkobar-kobar dan membara. Pada asalnya aku telah pergi ke sana pada hari sebelumnya untuk melakukan tinjauan. Lantas aku terus menuju ke sebuah kedai di sana. Selepas meneliti barang itu sebaik mungkin, aku mengambil keputusan untuk membelinya. Beberapa aksesori tambahan dipasang dan sedikit modifikasi dan pengubahsuaian dilaksanakan. Pastinya, pakcik kedai itu berasa tertekan dengan gelagat aku. Manakan tidak, baru saja dibeli sudah dilakukan modifikasi serius. Habis perkakasnya digunakan aku tanpa rasa malu. Setelah aku berpuas hati, aku terus membuat bayaran. Harganya istimewa, RM 3XX.XX (tertakluk pada terma & syarat).

Mungkin aku tidak menyesal menghabiskan wang sebanyak itu. Atau mungkin juga bulan ini bakal menyaksikan penyusutan berat badanku secara mendadak. Apa yang pasti, aku sangat berpuas hati dengan solusi yang ada. Kini tiada lagi saman diterima. Malah penjimatan petrol yang aku alami sangat berganda. Apa rahsianya? Ini yang kita tak tahu! Dan sekarang aku akan beritahu. Kerana sejak aku membelinya, kereta aku hanya diletakkan pada tempat letak kereta yang sepatutnya dan hanya digunakan dalam keadaan yang memerlukan.

Ini solusinya

Basikal BMX. Ya! Ianya sebuah basikal BMX. Ramai yang membuat andaian aku sudah menjual kereta untuk membayar lambakan saman yang ada dan seterusnya membeli basikal baru. Ini tidak mungkin kerana kereta tersebut akan aku gunakan sehingga zaman aku kerja dan akan menggantikannya dengan SWIFT idaman. BMX yang dibeli bukanlah dari koleksi FIT, STOLEN, HARO, S&M, ODDESSY, HOFFMAN, MIRRA CO, FMF. NIRVE atau FREE AGENT kerana ianya dibeli dari Taman Maju. Lagipun aku tidaklah pula mampu untuk menghabiskan semua duit yang ada di dalam simpanan semata-mata kerana sebuah basikal kerana aku seorang pelajar sepenuh masa.

Mengapa aku memilih BMX? Perlukah aku mengulang kembali jawapan yang sama? Jika perlu, ini jawapannya; Ini yang kita tak tahu! Aku memilih BMX kerana terkenangkan zaman kanak-kanak dan muda remaja dahulu. Ianya pernah menjadi satu kegilaan anak muda satu ketika dahulu termasuklah aku. Walaupun aku tidaklah sehandal mereka yang melakukan ‘trick-trick’ hebat, namun cukuplah sekadar aku bergaya dengannya. Sebab lainnya kerana tidak ramai yang menunggang BMX di UTP dan aku secara lazimnya memang suka menampilkan kelainan dan keanehan. Jadi timbul satu ‘trademark’ yang membuat aku bangga dengan diriku sendiri. Pada masa yang sama, mudahlah aku untuk mengecam basikal kesayangaku itu kerana tidak ramai pelajar UTP yang memilikinya.

Mungkin basikal tersebut hadiah Hari Valentines yang sangat berharga dan bermakna dari aku untuk diriku sendiri walaupun sudah terlewat. Mengapa aku berkata sedemikian? Ini yang kita tak tahu! Mungkin kerana dihadiahkan oleh aku pada 26 Februari, jadi ianya dianggap lewat. Dihadiahkan lewat pula kerana kita tidak sewajarnya menyambut Hari Valentines. Manakala klausa ‘hadiah dari diriku buat diriku’ pula kerana aku tidak menghadiahkannya kepada orang lain dan orang lain pula tidak menghadiahkannya kepada aku. Ini bermaksud aku menyambut Hari Kekasih seorang diri. Kerana apa? Ini yang kita tak tahu! Mungkin aku tidak punya kekasih atau aku sebenarnya sedang berkasih dengan BMX kesayangan.

Oh! Mengapa pula aku mengaitkan BMX tersebut dengan Hari Valentines? Ini yang kita tak tahu! Ada kisah disebaliknya. Habis apa yang kita tahu?

INI YANG KITA TAK TAHU!


* Rajah basikal di atas bukanlah gambaran sebenar basikal BMX penulis, namun ciri-ciri yang ada hampir 95% sama dengan basikal sebenar. Terdapat sedikit perbezaan iaitu pada 'stripe' kerangka kerana pada BMX sebenar hanya 'stripe' atas saja yang wujud dan ianya berwarna kuning serta bercorak lebih besar.

14 berhipotesis:

Syaza berkata...

sikt lagi adela kekasih tu. wahahahaha

Pa Alif Lam Ya berkata...

Pada 11/03/2009 Selasa jam 10:45pagi,
WEQ 797 juga di saman kompaun sebanyak RM40 oleh Dewan Bandaraya Ipoh dihadapan Restoran Seri Ayu berhampiran bangunan KWSP dan bangunan Persekutuan.
Aku menjadi sangat marah dan bebal sebab duit aku sebagai rakyat Perak akan diberikan untuk mengenyangkan perut akta dikawasan Ipoh.
Dengan berani dan tekad serta semangat,aku pergi ke Dewan Bandaraya Ipoh dengan keadaan terpaksa dan berjumpa dengan Encik Shahrul pegawai saman dan kompaun,aku mengemukakan rayuan dan ayat-ayat manis,dan beliau bersetuju untuk mengurangkan kompaun sebanyak RM10 sahaja,aku masih tidak berpuas hati,alasan yang diberikan pegawai itu kerana kesalahan aku dibawah akta dan cuma boleh dikurangkan RM10 sahaja.Ini bermakna aku terpaksa membayar RM30 daripada RM40.
Lalu aku keluar dari bilik itu dengan senyuman tidak ikhlas dan salam yang tidak jujur serta bersama hati yang sakit.

bijen moretti berkata...

syaza:
err..
trimas atas doa tulus ikhlas anda..
wahahaha balik..
bila tuh?..
haaa ini yang kita tak tahu!

pa alif lam ya:
oh kasihan..
kau tahu x sebenarnya saman yang kau terima itu adalah hasil komplot dan subhat antara seorang mafia bernama zem brotta dgn pihak mbi..
kau tak hairan kah melihat mafia bernama zem brotta itu kaya raya sekarang?..
memakai dua henset yang baru2..
rantai leher 5 kilo..
sungguh sadis sekali..
atau mungkin kerana komplot dari pihak kerajaan negeri perak yang sengaja menyaman kereta milik pembangkang perak..
ini yang kita tak tahu!

Pa Alif Lam Ya berkata...

ahahaha
ya,hasil kekayaan dan harta zem yang banyak itu juga membuatkan aku tertanya-tanya dari mana sumber hasil kekayaan yang beliau perolehi itu?melihat cara kehidupan dia yang agak mewah itu buatkan aku mahu tahu dari mana segala sumber dia perolehi?

aku rasa bukan sebab pihak kerajaan negeri atau pembangkang?kalau pembangkaqng perak,siapa pembangkang perak?

bijen moretti berkata...

pa alif lam ya:
haaa..
ini yang kita tak tahu!
aku rasa wajar sprm dilibatkan hal ini bagi merungkaikan persoalan..

Pa Alif Lam Ya berkata...

aku akan kemukan bebrapa dokumen yang melibatkan salah laku beliau dalam kehidupan yang bebas kepada jabatan agama islam,SPRM,KWSP,Gerakan anti korupsi,SUHAKAM,Kementerian kewangan,Uitm dan FRU

keTiDaks3mPurNaAn berkata...

After a as thorough as a headache will let me read reading of you post:

Yg aku taw:
1. Pak Guards in UTP blog.
2. Bijen adalah student favourite guards
3. Hobi lama Bijen adalah collecting summon (and secretly frame kan)
4. Bijen single.. huhuhu

Yang kamu tataw
1. I am intrigued to buy one! But..
2. Sbg IIUM student - yg pakai baju kurung tiap2 hari to class, BMX bukan la satu alternative..

bijen moretti berkata...

pa alif lam ya:
aku sokong..
perkara ini tidak boleh dibiarkan..
jangan biarkan luka bernanah..
jangan biarkan nanah menjadi kanser..
kerana apa?..
ini yang kita tak tahu!..

ketidaksempurnaan:
hahaha..
mungkin xkan single da kerna bakal menjalinkan hubungan dgn makgad atas agenda tertentu..
agenda apa?..
ini yang kita tak tahu!..
anda bole jadi si gadis berbaju kurung yang otai..
hahak..

keTiDaks3mPurNaAn berkata...

Huhuhuhu.. dengan mak gad yang ada blog tu eh?

Hati2 dia mungkin baca comments kat sini.. ;p

humm.. otai? bole juga.. tapi nanti sy kena menjalin hubungan dengan pak gad.. (mendedahkan aurat di IIUM adalah satu offence)

huhahaha!

bijen moretti berkata...

ketidaksempurnaan:
haha..
sentiasa berhati2..
oh..
pasti ramai pakgad yang mengimpikan skandal berkenaan..
=P

Siti Rohkmah Shukri berkata...

Ingatkan post yang memberontak, rupanya lawakkk..he

bijen moretti berkata...

hahak..
xleh jer spjg masa nk memberontak..
kdg2 kena belaja accept kesalahan gak..
=P

sanishaqifah berkata...

pesal aku tak penah nampak pong bmx ko?

scholar dah masok. adekah ko gembire? bmx ko gembire tak? ke die sedeh? kerne mungken ko sudah mampu membaya saman dan duet minyak...ini yang aku tak tahu! T_T

hakhak. nice.

bijen moretti berkata...

sanishaqifah:
bmx aku da tggal seat..
aku lapah ritu wat masak lemak cili padi..
=P


ikut dan lawati buah fikiran mereka di bawah ini!