Selasa, Mei 26, 2009

epilog melankolik hiba..


Tepat jam 12 tengah hari semalam tamatlah sudah episod satu kehidupan aku di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Noktah pada kertas jawapan bagi soalan peperiksaan Artificial Intelligence yang kejam bukan bermakna soalan itu habis dijawab tetapi bermaksud tiada lagi peluang untuk aku berjuang pada kertas berkenaan. Harapan aku agar selepas ini masa yang diperuntukkan untuk menjawab kertas berkenaan dipanjangkan sehingga 4 jam.

Dan dengan ini sebuah lagi episod baru bermula apabila aku akan melangkah ke alam pra-pekerjaan pada 1hb Jun ini. Aku bakal menimba pengalaman sebagai seorang Java/J2ME developer atau pembina Java/J2ME di syarikat Forest Interactive yang lokasinya terletak di Megan Avenue II berhadapan KLCC. Yang aku harapkan proses transformasi yang akan aku lalui berjaya diharungi dengan jaya dan meninggalkan impak positif.

Malam ini aku akan melangkah keluar dari UTP dengan nada melankolik kerana tidak dapat lagi menatap dan merasai suasananya buat satu jangka yang lama. Masih banyak lagi tanggungjawab yang ditinggal untuk disambung di kemudian hari. Aku ingin menyusun jari memohon maaf kepada semua atas khilaf perbuatan aku selama ini. Juga ingin aku berterima kasih atas segala bentuk curahan ilmu dan pengalaman yang ditimba.  Terima kasih semua!

Sebelum pintu gerbang dilewati, aku bakal menatap wajah manusia yang paling aku sayang di UTP iaitu pegawai sekuriti. Oh, mengapa aku memanggil mereka pegawai sekuriti selama ini? Kerana aku masih ingat sewaktu awal-awal pendaftaran Minggu Aluan Siswa, pelajar dipesan agar menghormati mereka dengan memanggil gelaran pegawai sekuriti kerana mereka bukan pak guard biasa. Anda yang masih ingat, nilailah sendiri.

Ya, memang betul. Mereka bukan sekadar pak guard biasa. Mereka gigih menjalankan tugas menjaga keamanan UTP. Mereka juga berkuasa mengeluarkan kertas putih berpendua kuning yang diselitkan di bilah pengilap cermin kereta atas kesalahan meletak kereta di garisan kuning. Inilah buktinya. 9 saman dikumpul yang puratanya satu saman sebulan semenjak semester Julai 2008 dibuka sehingga tamat semester Januari 2009. Saman yang diterima secara berterusan akhirnya terhenti pada bulan Mac tahun ini apabila aku nekad membeli sebuah basikal BMX bagi mengatasi masalah ini. Mujur basikal aku tidak disaman juga.

Akhir sekali, aku ingin memuji dan berterima kasih kepada pimpinan MPP sesi kali ini. Dengan slogan 'Empowering Evolution' ternyata berjaya melaksanakan perubahan. Juga aku ingin menyeru seluruh warga UTP supaya sedar akan kewujudan mereka dan keupayaan mereka melaksanakan perubahan. Masakan tidak sedar lagi apabila terpandang kain rentang yang cukup gah tergantung di segenap pelusuk UTP juga kiriman-kiriman mel elektronik dalam mencerminkan usaha mereka.Dan sewajarnya kita perlu membuat satu kain rentang khas yang berbunyi 'Terima Kasih MPPUTP Atas Usaha Keras Anda'

Selamat maju jaya untuk semua rakan-rakan yang akan memulakan alam baru pra-pekerjaan 1hb Jun ini.
Luasnya samudera dalamnya bumi 
Mendasari ilmu ke akar umbi
Di dunia tanpa sempadan 
Kami berazam membina harapan

Berpegang kepada nilai yang murni 
Kemakmuran insan misi kami 
Hasil dituai benih disemai 
Laba dinikmati beramai-ramai

Universiti Teknologi PETRONAS 
Setiap warganya cerdas dan tangkas 
Berilmu, beriman, berpandangan jauh 
Di bidang teknologi berdiri teguh
Bersama ilmu, yakin dan jati diri

Kami bertekad mencurah bakti
Untuk dunia, untuk manusia
Matlamat kami, sejahtera semua


17 berhipotesis:

nawez berkata...

sadisnya.. sayang UTP! :D

limauais berkata...

selamat berintern bijen..
walau nnti UTP jauh di mata,tapi still akan sentiasa dekat di hati ko..haha..

ARe-TEh berkata...

selamat utk segala2nya
semoga transformasi yg ko harapkan akan tercapai..

bijen moretti berkata...

nawez:
sanggupkah kau menduakan viva kachak demi utp?..

limauais:
haha..
tenkiu..
sampaikan aku khabar dari sana ya..

are-teh:
timakaseh..
amin..

aDiAnA zAmRiZaL berkata...

time ko wat post nie ke yg aku kco2 tue..he2..ptot la lama..agak pnjang~~ btw.thanx atas smua2..harap berjumpa lagi kelak.. klu cuti nant.. n nk dtg kg aku..roger jek la ea...:D

Mohd Hafiz berkata...
Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.
bijen moretti berkata...

hek..
kat kl jer pon..
tambah2 ko kt klcc..
mcm la xjumpa..
haha..
nk wat nada melankolik malaya plak..
weyh..
gi la tgk pilihan raya penanti dlu..
hoho..

aDiAnA zAmRiZaL berkata...
Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.
aDiAnA zAmRiZaL berkata...

eyhh..terdelete lakk..ada plak tenet kat ipoh tue ea..iye2 nak nikmati tenet tdik.huh~~ sje je.. tajok ko kan cam hiba2..so..nak masok tune la~heh heh.. lgp0n ..xnk jumpa ko kat kl tue..pokai aku nant..:P

Nazz@Purple berkata...

Selamat menempuh alam kerjaya pulak..;)

Mell berkata...

da abes degree ke?

Luna berkata...

akhirnya yang intern yang di tunggu2 dah tiba...

pegawai sekuriti pasti tercari2 ekzos kete anda untuk disaman..

selamat intern!

anNaqia berkata...

"Kerana aku masih ingat sewaktu awal-awal pendaftaran Minggu Aluan Siswa, pelajar dipesan agar menghormati mereka dengan memanggil gelaran pegawai sekuriti kerana mereka bukan pak guard biasa."

aku pon maseyh ingt!
huhu.

slmt b'intern la weyh~
smg dpemdhkanNya.

bijen moretti berkata...

adiana zamrizal:
mana aku taw nak lepak cc di sana..
hahah..
ouh..
sampai ati..
xpe2..

nazz@purple:
senkiyu senkiyu..

mell:
lom..
sikit lagi..
xsabarnye..
hahak..

luna:
hahak..
dia pasti merindu..

annaqia:
hahak..
bagus..
antara org yg masih mengingat..
senkiyu senkiyu..

Tanpa Nama berkata...

kpd empunye bloger ini...
"awak tu bdk yg masih bnyk masa utk mncari ape itu dunia politik" kalo tdk tahu jgn lah bg statement yg bangang2 mcm bdk x sekolah aje...
malu lah dngan masyarakat lain dan berbangsa lain...
kalo awk minat dgn politik, awk bole stdy politik naa...
sy bngga dgn awk yg cerdik dlm dunia IT" tp awk jgn bangang dlm dunia politik...
salam utk mu...
sy bkn ada parti mane2...
sy cuma syor'n pd awk, usahakan blog anda dgn dunia berniaga...
lg awak akn mndpt hidayah dan petunjuk dr ALLAH...
SEKIANNN...
ampun sy yaaa

bijen moretti berkata...

Enonimus:
Salam..
timakaseh atas saranan anda..
politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan..
tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama dan institusi lain..
rasa saya post ini tiada kaitannya dengan politik yang saya rasa anda maksudkan..
cuma ingin saya bertanya..
kebanyakan org kita di luar sana memperoleh ijazahkah dalam dunia politik?..
dan kita perlu ijazahkah untuk berpolitik?..
jika begitu bermakna pemilih yang keluar mengundi selama ini hanya semberonolah?..
ijazah terbaik bukankah datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakap dan bersalaman..
saya hargai dan sedar bahawa perang politik masa kini hanya menghantar ke lembah fitnah..
cuma saya ingin anda yang tahu itu untuk tunjukkan di mana silapnya posting saya dgn menunjukkan buktinya..
terimas..

nawez berkata...

eh baru terperasan plak. kene reply neh :

viva kachak dan UTP boley bermadu kasih kot. wiwit~


ikut dan lawati buah fikiran mereka di bawah ini!