"I don't want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand?"So go and tell that (to the Pakatan Rakyat state assemblymen who had stood together in front of the royal dais to take their seats)."
Hanya ada dua keputusan yang boleh dibuat bagi mengembalikan negeri Perak kepada satu Menteri Besar dan satu kerajaan. Dan ianya hanya boleh diperkenankan dengan kuasa Sultan Perak.
1. Pembubaran DUN & Pilihan Raya Negeri
Keputusan ini menjadi idaman dan impian Pakatan Rakyat. Kerana apa? Kerana mereka yakin jika pilihan raya negeri diadakan, mereka akan memperolehi sokongan padu dari rakyat dan menjamin kemenangan yang lebih berganda menerusi penguasaan kerusi yang kukuh di dalam DUN.
2. Undi Tidak Percaya
Keputusan ini pula menjadi kegemaran BN. Hal ini disebabkan tatkala ini mereka memperolehi majoriti 3 kerusi di dalam DUN. Semestinya BN akan terus menjadi kerajaan di Perak. Mereka mungkin mengelak untuk membubarkan DUN kerana kebarangkalian untuk mengekalkan kerusi dalam pilihan raya tampak sukar.
Menerusi dua keputusan ini, wujud pro dan kontranya tersendiri.
- Jika pilihan raya diadakan, kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk memilih. Rakyat kini memandang BN sebagai pesalah dengan dasar emosi waktu ini. Kesan jangka panjangnya pula tidak diselidiki terlebih dahulu.
- Jika pilihan raya negeri diadakan, Pakatan Rakyat bakal mendapat sokongan padu dari rakyat Perak melalui dakyah bijak dan terancang yang memperlihatkan BN sebagai pesalah atau peliwat di negeri Perak.
- Namun begitu, pengukuhan Pakatan Rakyat di DUN hanyalah melalui parti DAP kerana merekalah pemegang jumlah kerusi paling banyak di dalam pakatan itu.
- Jika jawatan menteri besar kekal pada Nizar, beliau tidak lebih seperti Anwar yang hanya menjadi layang-layang yang dikawal DAP. Megah dan tinggi di atas namun dikawal tangan yang berkuasa di bawah.
- Sultan nampaknya lebih memihak kepada BN. Kedudukan sultan sebagai payung agama dan kaum Melayu bakal terancam bilamana DUN yang majoritinya dikuasai DAP. Hal sebelum ini boleh dijadikan contoh bila Karpal Singh dengan sewenang-wenangnya mahu menyaman sultan dan ingkar perintah. Karpal dianggap dia tidak perlu berasa hormat.
- Dan kesan-kesan lain yang wajar difikirkan sendiri dan dimuhasabah.
Untuk menjayakannya, Pilihan Raya Kecil Penanti 31 Mei nanti bakal menjadi titik tolak keputusan. Kemungkinan BN akan dibiarkan menari meraikan kemenangan di Penanti bagi mengembalikan keyakinan mereka untuk menghadapi pilihan raya di Perak. Bagi Pakatan Rakyat, apalah sangat kehilangan satu kerusi DUN berbanding hasil yang bakal diperolehi di Perak.
Perkara ini bakal meneruskan lagi projek yang pernah kecoh satu ketika dahulu iaitu PKR - Projek Khinzir Raksasa atau nama lainnya PBN - Projek BABI (Bro Anwar Bin Ibrahim) Negara. Projek ini bukanlah projek menternak babi secara mega komersil tapi tidak lain hanyalah salah satu bentuk ANWARISASI di Malaysia.
Dan yang terkini, campur tangan pihak luar dalam pentadbiran negara seperti ini bakal mengembalikan Malaysia kepada suasana pendudukan ideologi komunis suatu ketika dahulu. Bilamana dakyah ideologi tersebar bebas tanpa kawalan. Semestinya usaha ini membuka ruang kepada negara-negara luar mendominasi negara tatkala berlaku suasana kucar-kacir. Sebab itu perkara ini digesa oleh mereka. Dan juga perlu diingat, agama Islam tidak dijajah melalui dakwah paderi-paderi, tetapi dicabul melalui jajahan moral dan cara hidup. Bayangkan saja bila semua menuntut hak kebebasan.
Tepuk dada, tanya sakit atau tidak.





9 berhipotesis:
bubar saja dun
kita pilihan raya lain
habiskan duit rakyat
pastu pilih dap untuk masa depan yang adil
ayuh!!!!!
hoho..stetmen pling las 2 yg pling besh..hahah..
Personally, what do you think of Anwar?
about me:
sakit x?..
luna:
rhetorics expert of ignition of chaos and crisis in malaysia since 1998 with his anwarization..
tepuk cket2..tadelaa saket sgt..haha..pe nk jdik ngn perak ni kan..ak bhagie je d0k kt perak yg maju jaya neh..hehe
berbahagia la pepuas..
pasni xdok perak da..
internship~
berbahagia la pepuas..
pasni xdok perak da..
internship~
oh~ anda orang perak?
hm. i think, he's just a lil too frank and brave cum too controversial for Malaysia.
heh. I don't really have an opinion about him personally.
Hanya mampu tersenyum... :)
Catat Ulasan