Rabu, Mei 13, 2009

sumpah babi: perak dilanda H1N1..

Virus H1N1 atau influenza atau nama yang lebih mudah untuk mengenalinya, selsema babi kian hari kian menelusur menghangatkan suasana negeri Perak terutama di ibu negeri, kota Ipoh. Virus ini pastinya berpunca dari belambaknya bilangan babi berpenyakit yang menjadi penghuni tetap sekitar pekan bijih ini. Dikhuatiri virus ini sudah merebak jauh dengan menjadi parasit di dalam badan manusia. Kes pertama yang dikesan di negeri ini adalah pada 7 Mei lepas ketika sidang DUN Perak berlangsung.

Salah seorang penghidap wabak ini dikenali di kalangan rakan-rakannya sebagai penggemar babi tegar. Mungkin beliau disedari telah dijangkiti virus selsema babi berkenaan apabila melakukan tindakan membabi buta dengan bertindak ganas gila babi sewaktu sidang dijalankan. Apa yang boleh diperkatakan, rakan-rakannya juga turut sama dijangkiti wabak selsema babi berkenaan apabila turut hilang kawalan lalu bertindak membabi buta menyokong sahabat sesidangnya itu membabikan puak yang satu lagi. Mungkin kedengaran sumpah seranah babi dilemparkan bertukar tangan sesama mereka dan ini menguatkan lagi dakwaan wabak selsema babi ini telah menular dengan teruknya.

Mereka ini dipercayai berusaha menghalang sidang dari berlangsung dengan membina suasana kebabian. Dalam peristiwa itu, banyak aksi menggelikan hati gila babi yang dapat dilihat dan menjadi tontonan dunia. Antaranya provokasi murahan, ketidakpuashatian, pergaduhan, kebebalan dan keliatan daging babi yang dipanggang barbeku. Mungkin ini bahananya babi dan pemakan-pemakan babi yang telah berjaya melakar sejarah demokrasi. Peristiwa ini wajar dijadikan salah satu bahan sejarah dengan menamakannya peristiwa 'OneBlackInfluenza'. Lagu tema yang sesuai dikesinambungkan mungkin lagu 'Baa Baa Black Pig Have You Any Pride'.

Apa puncanya? Ya semua orang boleh menggagaknya. Bermula sejak siri rampasan kuasa secara ketidakpritamadunan yang dilakukan sebilangan pihak. Puncanya? Aksi lompatan babi yang mengghairahkan dan menghiburkan oleh sebilangan pihak yang mengakibatkan pengurangan jumlah kerusi penguasaan. Puncanya? Idea perdagangan negara serantau melalui pakej 'OneSixSeptemberBlackForMalaysia' yang membabikan oh maaf, membabitkan seorang tokoh dunia pujaan ayam, lembu dan babi. Puncanya? Teruskan sehingga anda jumpa frasa bangau yang menyalahkan babi kerana menyanyikan lagu 'Bangau Oh Bangau' dalam versi 'Babi Oh Babi' yang dilihat seolah-olah menghinanya.

Cukup sampai isu babi ini. Sekarang siapa yang harus memegang kerajaan yang dilanda wabak yang dibawa babi ini? Mungkin si peladang, penternak & pembela babi yang akan menubuhkan kerajaan minoriti di Perak untuk meneruskan usaha menternak babi secara mega komersil. Atau mungkin ini masanya Ayah Pin turun ke bumi Perak dan membentuk kerajaan langit yang aman dan gemilang.

Dan jika anda jalan-jalan di koridor UTP (undi tidak percaya), jaga-jaga jangan sampai terpijak siput babi yang membiak dengan banyaknya kerana anda pasti akan menyumpah "Babi betul! Aku terpijak siput babi. Habislah aku kena selsema babi".

11 berhipotesis:

bijen moretti berkata...

adakah anda tahu?..

post ini bertemakan 'SATUHAIWAN' atau dalam bahasa inggeris 'ONEANIMAL'..

para penggemar babi tidak boleh menyebut nama 'BRAD PITT' dengan baik kerana lidah kelu memakan babi. mereka menyebutnya sebagai 'BLACK PIG'..

ketika kejadian berlangsung, sebenarnya byk yang telah dijangkiti wabak berkenaan di luar bgnn suk dan mereka telah diangkut menggunakan sebuah trak yang dinamakan 'ONEBLACKMARIA'..

kebanyakan mereka ditangkap atas kesalahan bermain 'ONETWOSOM' di dalam jarak "ONETOFIVEHUNDRED" meter dari bgnn suk..

antiBABI berkata...

jaga jaga. mungkin wabak selsema BABI (Bro Anwar Bin Ibrahim) akan menular. ambil langkah pencegahan. beringat sebelum terlambat.

Tanpa Nama berkata...

aku rase yang dok kecoh2 pon mmg geng2 tu jer.
pas pon rilek jerk.

bijen moretti berkata...

hahah..
tatawlah..
no komen..
bak kata penghirup kopi - "kopi kirlah sendiri"..

limauais berkata...

bijan,ak bengang ngan politik kt perak ni..kejap camni,kejap cmtu..
haihh..mane pghujungnya?yg susah rakyat,yg tertindas,rakyat..

bijen moretti berkata...

jap..
sebenanye ko sbgi student utp yg belaja kat sini affected x bila jd cmni?..
aku rase xde pape sgt kecuali roadblock kt dpn utp tu jer..
haha..
jgn bawak emosi..
nak tahu penghujungnya?..
tggu post berikutnya..
=D

nawez berkata...

secara jujurnye aku tak berape nak memahami istilah2 dan isi tesirat kisah kali ini sebab tak follow isu semase. harhar~ tp siyes aku slalu terpijak sipu babi dow. ia sering terjadi sewaktu berjalan-jalan di malam hari. namun seb baek masih tiada tanda-tanda jangkitan H1N1 itu lg. alhamdulillah~

salah sape? siput? babi? atau kedua2nya skali?
|-(

bijen moretti berkata...

dan sebab itu aku ungkapkan kerana perkara sama pnh berlaku pada kaki aku yg melenyek siput babi..
secara direct plak tu bila xsemena2 siput babi itu terlompat atas seliper aku..
teruskan salah menyalahkan sampai anda jumpa frasa bangau seperti dlm posting di atas..

sanishaqifah berkata...

laaahh...aku ingat seyes tadik. wabak ni bahaye nih. tapi ape ni weh:

"Atau mungkin ini masanya Ayah Pin turun ke bumi Perak dan membentuk kerajaan langit yang aman dan gemilang."..

huh. aku tamo. cam lagi terok dari wabak *ttuuuuttt* itu. ^^

bali hambali berkata...

hahaaaa

kalo nk cakap pasal virus betol baru2 ni 1 hospital ipoh kena quarantin

bijen moretti berkata...

sanishaqifah:
aku cuma suh bygkan jer..
nanti byk monumen bersejarah bakal didirikan kat ipoh..
ipoh juga akan dinobatkan sebagai kota monumen..
seperti teko, labu sayung, payung, dacing, bulan, keris, bulan mata sepet, roket dan lain2..
hasrat pokok demokrasi untuk dibukukan di dalam buku sejarah tingkatan 1 pada masa dpn pula akan tidak kesampaian..

bali hambali:
aah..
memang pun..
boleh klik sumber


ikut dan lawati buah fikiran mereka di bawah ini!