Sinopsis:
Setelah Siti Kamariah berjaya didekati, hubungan mereka berdua semakin rapat. Pernah satu ketika Siti Kamariah menghadiahkan Saiful Zakwan seketul daging beku untuk dijadikan santapan. Mereka selalu berhubung walaupun jarang berjumpa akibat kekangan masa dan kerja.
Namun semakin lama hubungan mereka menjadi semakin dingin. Hal ini kerana sahabat-sahabat Saiful Zakwan terlalu beria untuk turut masuk campur hal mereka berdua. Siti Kamariah yang tidak senang dengan perkara itu cuba mengambil langkah berdiam diri. Jelas sekali situasi ini memberi impak yang mendalam kepada Saiful Zakwan untuk terus bekerja di menara.
Setelah hampir sebulan bersama, Saiful Zakwan diingatkan oleh sahabatnya akan janji untuk meninggalkan Siti Kamariah. Saiful Zakwan dihimpit perasaan serba salah tatkala mengenangkan perkara ini. Mungkin kerana bibit-bibit rasa sayang telah timbul dalam hati Saiful Zakwan terhadap ketulusan Siti Kamariah. Bagaimana Saiful Zakwan menghadapi tekanan itu? Adakah Siti Kamariah akan dilepaskannya? Benarkah wujud angkara orang ketiga dan keempat dalam hubungan mereka berdua? Nantikan kemunculannya di pawagam berdekatan Setiawangsa pada Disember nanti.





4 berhipotesis:
atau mungkin ada sebab lain yang penulis tidak tahu. jeng3
haha...xbesh la cite nih..create cite laen la penulis...pliz2
bijan
nawez:
jeng3..
ini yang kite xtahu..
riaziana:
xbest ke xmocite ni tersebar cik kamariah?..
eyh cik ria..
mr b:
ouh mr b..
siapakah kau?..
Catat Ulasan