Khamis, Ogos 27, 2009

kita bagai anjing jerman shepherd yang liar tapi terlatih..

Kelmarin aku tonton cerita P.Ramlee yang berjudul 'Tiga Abdul'. Mengisahkan tiga beradik iaitu Wahab, Wahib dan Wahub yang cuba ditipu oleh si orang tua kaya Sidiq Segaraga. Dipendekkan cerita kedua-dua abangnya telah berjaya diumpan oleh orang tua itu lalu jatuh muflis. Si bongsu Wahub yang bijak itu tidak mudah diperdaya. Untuk membalas dendam, Wahub sedia mengikat perjanjian dengan bapa mertuanya itu yang menjelaskan barang siapa yang naik marah akan kena jual.

Sidiq yang pendek akal hanya menurut saja kata pembantunya yang panjang akal tapi kontot misai macam tikus, Tuan Penasihat yang merancang untuk membolot harta Wahub. Pelbagai rancangan jitu telah dihasilkan untuk memastikan Wahub jatuh ke tangan mereka. Namun hasilnya hampa. Wahub bijak sekali menepis segala bentuk provkasi yang dilancarkan oleh bapak mertuanya yang kering itu.

Dipendekkan cerita lagi akhirnya perhitungan mereka berakhir apabila Sidiq Segaraga naik marah disebabkan perbuatan melampau Wahub yang memberi zakat menggunakan harta bapak mertuanya itu. Seluruh keluarganya dijual dan harta dirampas.

Hipotesis awal:
  1. Kita perlu bijak mengawal provokasi yang dicetuskan oleh anasir jahat yang mahu mengambil kesempatan kepada kita.
  2. Jangan jadi macam kuda yang cepat melatah apabila dilibas punggungnya. Kerana waktu itu, emosi yang mengawal otak. Kalau kita ikotkan emosi, nanti kena jual macam Sidiq Segaraga.
  3. Tempat isteri adalah disisi suami bila dia sudah berkahwin. Lain-lain yang umum; Tak perlu bergaduh hal yang remeh-temeh. Hanya akan merugikan.
  4. Jangan jadi macam anjing yang hanya tahu menyalak bila tuannya diancam sedangkan dia tak tahu apa-apa. Dan jangan diperlakukan seperti anjing yang hanya tahu menurut perintah. Walaupun diberi makan.
Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.
Buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi.
Apa guna kita bertengkar, suami isteri harus bersabar.
Kasih sayang rukun dan damai, hidup seperti dalam mahligai
Apa guna selisih faham, kalau kini aman tenteram

12 berhipotesis:

limauais berkata...

nais post..
ak suke cite P RAMLEE..
bapak ak kate cite2 beliau sume ad pgajaran..
tp org maen tgok ja..xpikir ape mksud trsirat yg cuba dsampaikan dlam cite tuh..

~kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi~

Luna berkata...

gaduh ngan bini ke wey?
haha!

kadang2 perempuan nak berkomunikasi..

bijen moretti berkata...

limauais:
aku pun suka..
tak pernah nak jemu..
yah yah..
kalau ditelusuri betul betul..
haha..

luna:
sori sikit..
xde bini bernama wanita..
bini aku hanyalah dslr dan kamera..
ada kuota lagi dua..
;P

fatin nazihah ashari berkata...

em.cite p.ramlee memg best.
da tengok beratus kali pon xbosan.
saye pon xpiker sgt pengajaran,tengok je pandai.

heh..ustaz bijan da bagi hipotesis.bagus.

ZARA 札拉 berkata...

aku suka cerita tu~
well, cerita lama banyak pengajaran~

bijan, pergi Maskara Shorties tak?

bijen moretti berkata...

fatin:
dah tgk beratus kali?..
dkt sebelah hidung belah kanan dia ada apa?..
haha..

zara:
yap yap..
seniman selalu terbuang..
dah pergi baru dicari..
aku pergi..
wajib!..
2 okt hari jadi aku..
haha..
kau?..

ZARA 札拉 berkata...

aku harap aku dapat pergi~

mau tengok Tok Rimau!!

birthday kamu?

tahun berapa?

bijen moretti berkata...

zara:
bagus.
dtg dan bawak buah tgn.
ahah.
tahun nagasaki.

fatin nazihah ashari berkata...

sebelah hidung belah kanan?
ade pipi belah kanan la..
senang betol soalan.. aihh

bijen moretti berkata...

fatin:
wahh!
bijak bistari.
bagus.
dean list mcm kak dia.
|-(

bali hambali berkata...

anjing begitu banyak
babi yg jadik perhatian ramai
selamat~~~

bijen moretti berkata...

bali:
bagai anjing dgn byg byg.
ringan sama dipikul, berat sama mcm anjing.


ikut dan lawati buah fikiran mereka di bawah ini!