Apabila terlihat gambar ini, aku terkenang si buta yang pernah aku kenal sekejap tahun lalu. Di bulan puasa di sebuah pasar raya. Waktu itu aku dikerah untuk mengiatkan rangka promosi konsert nasyid yang akan diadakan di UTP. Setelah aku penat berkejaran, tergerak hati pula untuk beristirehat dengan urutan kaki refleksologi. Aku lantas menyapa si buta yang sedang menenyeh kaki pelanggan di kaki lima pasaraya Giant Tambun itu.
Ketika kaki aku geli-geleman diusik jari-jemarinya, aku seperti biasa akan cuba beramah mesra. Untung badan dia tidak lokek. Dalam masa yang sama aku turut memberi perhatian dengan teknik urutannya. Aku memang suka mengkaji dan mengaplikasi. Katanya dia belajar urut-urut dari seorang Cina di Selangor. Banyak juga aku korek-korek rahsia dari dia. Yalah, kehidupan dia dengan kita jauh berbeza. Walau aku orang kebanyakan, tapi dia orang istimewa.
Selepas aku diservis, aku mengeluarkan wang yang sengaja aku lebihkan untuk disumbangkan. (Bukan aku mahu riak) Sebab servisnya murah, sebab itulah aku ada duit lebih. Mulanya dia menolak. Selepas aku meminta, dia terima. Seketika kemudian dia minta pula pertolonganku. Tolong bawa dia jumpa amil zakat yang ada di sudut pasaraya itu. Mahu bayar zakat katanya. Aku pun tolong dengan besar hatinya.
Apa yang mahu aku eksperimentasikan?
- Orang yang wajib membayar zakat, syaratnya punya lebihan harta selepas ditolak belanja dan sara-sara. Sedangkan orang buta yang kerja hanya urut kaki ada lebihan harta, inikan pula kita yang bergaji besar lipat ganda.
- Orang buta/istimewa bukanlah pengemis! Mereka ada bakat. Sesiapa pun ada kudrat untuk mencari rezeki. Bukan dengan memanipulasi si buta untuk kaut harta. Kerajaan bukan izin orang buta berpesatuan untuk berkeliaran di kedai makan meminta belas ihsan, tetapi mahu mereka mendapat pembelaan dengan bakat kurniaan tuhan.
- Darjat ilmu itu sangat tinggi. Walau cuma punya ilmu mengurut, tapi sudah boleh menyara diri tanpa menyusahkan orang lain. Orang malas saja yang tak mahu cari ilmu walhal meminta-minta pula dibelaskan. Ilmu boleh didapati dimana-mana. Melalui peristiwa itu pun aku sudah belajar cara mengurut refleksologi yang aku telah aplikasikan kepada adik aku, arwah tokwan aku sebelum dia pergi dan kawan aku. Ingat, IQRA!
Tepuk dada, kenali diri.
*Nota kaki: Gambar di atas ada dua kisah cinta.



20 berhipotesis:
biar buta mata, jangan buta hati...
ingatkan yang berpimpin tangan tu buta.
naddy:
ahah..
belom buta lagi barangkali..
rabun sedikit..
tunjukkan mereka jalan ke kedai kaca mata..
kedai kaca mata pon dah tutup time camni.nak berbuka. ape kata ko bagi pinjam spek itam ko tu.nampak menarek..kasi pinjam rambut ropol2 tu skali la.kira pakej..
aku dah melalut nih..
cam kenal jek pakcik n makcik tesebut.. gambar tu kat pudu kan?
naddy:
tak boleh!..
aku berkira orangnya..
lagi satu takkan aku nak beri rambut tu sedangkan dia bertudung..
nawez:
ya anda mmg prihatin..
4 rata utk anda..
suke bereksperimen ke?
bagus la penulisan anda (eh jgn riak).
tidak melalut.
tahniah la.
ikhlas memuji.
manusia, semakin senang, makin melupakan Tuhan.
Ada sebab kenapa kita orang kebanyakan. Haha!
Mungkin akan lupa terus pada Sang Pencipta.
aku kagum..
org buta macam org tak buta <-- tau berdikari n x nyusahkn org..
semoga pak cik tu dimurahkn rezki..
fatin:
wahh..
fatin dtg blog saya
terujanya.. (ini sarkastik)
selama ni aku melalut ya?..
baiklah terimas!..
luna:
aku kebanyakan..
kau bangsawan..
aku makan popcorn biasa..
kau mkn popcorn karamel..
haha..
limauais:
aku pun kagum..
walaupun dia susah..
tak pernah melupakan perintah Allah..
aku selongkar habis buku di atas mejanya..
haha..
amin..
woot~
aku setuju~
kadang2 ada org yg masih memandang rendah~
pelik kan?
zara:
skeptikal dan stereotypist..
mereka cuma kurang upaya..
mereka bukan pengemis..
mcm kita ada yg rabun..
kurang upaya juga bukan?..
sudah sudahlah kita..
bangkit dari mentaliti lama..
ak baRU juMPe merekA
HAri Tu
Di PUDu
yUp...merEkA isTImeWA
menCarI ReZEki DgAn ilMu
yG diANugerAHKan...
kDg2...ak Jge trSEreMPak dGn INsaN SPrtI MRekA
tIka ujUNg mINggU
bLE On d wAY kE CS dI JB uTk
meNOntOn
rehATkan mINDa...
tP bG merEka
waK2 I2 LAa
PIntOO reZki yG lebIh baGi mrEka
menyAnyI...
DAn KdG2 AK akN PERHATiKAN MRekA
dan MENdgR ALunaN SUARa mrkA
ak skE
WALaUPUn laGU lamA...
SMoGA INsan spERti meREka
dBERi kekuATan uTk mghADapI
HARi2 DALam hDup Ini...
mula2 nak tanya.. x geli ke kena urut kaki.. :P
orang buta 2 celik hati.. *insaf*
bangsawan la sangat~
kaya harta tak de makna bila jiwa kosong.
gua rasa insaf atas segala kelebihan tapi kurang bersyukur...
zakat KL?Sel tahun ni RM7.
sekian..
selusur:
apa kata suruh mereka rakam album..
ahahaha..
tapi siapa yang mahu ambil kan?..
diskriminasi betul..
i'allah..
amin atas doa kau..
ansaree:
geli gila..
aku tergelak sorang sorang di situ mcm org sakit mental..
nsb baik dia tak dpt lihat..
ya..
jgn buta hati..
luna:
ada harta boleh cari perabot perhiasan buat penuh jiwa..
tak begitu?..
haha..
semutapi:
haha..
siapa suruh org kl/sel kaya kaya..
gila sinis.
luna:
kalau gila aku sudak tak berpuasa..
:D
kadang-kadang owg yg x sempurna nie lebih murah rezki nyer...kan??kan??kan??
shima:
tuhan tu maha adil..
setiap org punya rezeki msg2..
tuhan uji hambanya setara yang mampu dipikul..
:D
Catat Ulasan