Rabu, September 30, 2009

oh cacat

Semalam aku menjamah waktu rehatku di medan selera Megan Avenue 2. Aku terlihat seorang lelaki berbangsa Cina yang segak mengenakan kemeja pakaian pejabat. Tapi malangnya tangannya sedikit cacat.

Sudah acapkali aku terserempak dengan orang Cina yang cacat tangannya. Di benak fikiranku mula membuat konklusi mengatakan mungkin orang berbangsa Cina ini ada penyakit keturunan yang mengakibatkan tangan mereka cacat. Ataupun waktu kecil dulu mereka telah dianiaya oleh ah long kerana bapa mereka tidak mampu melangsaikan hutang.

Itu hipotesis pertama aku yang keluar kerana aku jarang lihat orang Melayu cacat sebegitu. Bukan tak ada, tapi tak banyak. Akan tetapi setelah aku memusingkan kepala otak aku 360 darjah, aku membuat hipotesis baru.

Bukan orang Cina ada sakit keturunan yang menyebabkan mereka cacat, tetapi mereka adalah golongan yang berjaya dan sentiasa berusaha. Padanlah selalu jumpa mereka. Di mana pula yang Melayu? Ya! Di kaki lima menadah cawan memohon simpati.

Beza tangan cacat orang Cina dan orang Melayu adalah mereka menadah tangan kepada wang yang berhak baginya atas perkhidmatan yang disediakan. Orang Melayu pula menadah tangan menagih ihsan.

11 berhipotesis:

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• berkata...

ade betulnya. tapi kadang-kadang ade pihak yang tanak bagi peluang pada si melayu yang cacat tangannya untuk memberi perkhidmatan. jadi menagih ihsan je la dorang tu.

ZARA 札拉 berkata...

aduh~

tepat katamu bijan~

ada tangan tapi meminta~

fatin nazihah ashari berkata...

ini bukan post racist.

ini post semangat. dan sedikit mencabar kewibaan sebagai melayu.

KITTERMINT berkata...

di mana boleh jumpa orang cina menadah tangan kepada wang?

afe berkata...

tempat aku ade yg naseb sama.
india.
tapi bekerja.

uh.
melayu oh.

limauais berkata...

tgan cacat org Melayu = malas bekerja

ak penah tgok sorg pakcik,Melayu ya,tgn due2 belah cacat tp still ley drive keta dgn kaki n buka ladang ternak itik..
harap yg ada dijalanan tu bley jadi mcam pakcik ni..

TSYA'Z (~_^) berkata...

bijak berkata kata...

org melayu slalu menagih ihsan...pendapt aku mungkin sebb kurg diberi peluang...bangsa melayu sedri pun x beri peluang pada kaumnya sedgkan org cina sentiasa membuka peluang untuk kaumnya..

harus difikirkan....

Abdul.Fatah.Firdaus berkata...

sungguh betul.

ansaree berkata...

betul3.. mudah menyerah kalah dengan kekurangan diri..

boleh ambil pengajaran supaya tidak terlalu meminta dan cuba yang terbaik.. setiap yang Allah jadikan tak sia2..

kan bijen kan?? hehe..

bijen m. berkata...

naddy:
yup.
dan pihak itu adalah melayu sendiri yang tipikal terhadap orang cacat.

zara:
bukankah ada tangan untuk meminta?
macam mana dengan perihal meminta kerja?
hahahahahaha.
org cina = bagi kerja.
org kita - minta kerja.
:)

fatin:
takde state pun post racist.
haha.
kau sebagai anak muda kena berusaha.
bila dah berjaya jgn lupa belanja aku.
hahahak.

kittermint:
dekat penang!
hehe.

afe:
melayu oh melayu boleh!
:D

limauais:
aku tgk lam iklan petronas pakcik cacat kaki naik bmw.
hahahaha.
'dah jauh pakcik berjalan'

tsya'z:
yg tu aku sokong.
bangsa melayu sendiri yang jadi pembunuh bangsa.
tenung diri dulu sebelum gelarkan diri jaguh bangsa.

abdul fatah:
sungguh tak tipu.
:)

ansaree:
sebab org melayu manja.
rasa terbela di tanah sendiri.
mereka rasa dengan jadi OKU boleh senang dapat perhatian dan lain lain.
tapi orang Cina terpaksa berusaha sebab kalau tak mereka akan ketinggalan.
cuma kita org melayu jadi cacat di tanah besar cina.
apa kita buat?

Luna berkata...

ah~ sadis sekali..


ikut dan lawati buah fikiran mereka di bawah ini!