Esok hari Jumaat, aku akan bergerak ke Ipoh bersama rakan-rakan. Sudah lama (4 bulan) tidak berkunjung ke universiti yang dicintai dan dibenci sedikit, UTP. Jangankan kata UTP, rumah sendiri di kampung pun baru dua kali saja dijejak.
Siri rangka lawatan kali ini bagi melihat hasil usaha yang dicambah sejak tahun lepas, Martial Arts Fest (MAF). Oleh kerana cintanya aku kepada seni beladiri, aku mengajukan buah fikiran ini kepada sekretariat yang bertanggungjawab untuk membantu merealisasikan acara kali ini, Sekretariat Rakan Muda UTP. MAF dijadualkan berlansung di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Ipoh pada 10-11 Oktober nanti.
baca seterusnya!Siri rangka lawatan kali ini bagi melihat hasil usaha yang dicambah sejak tahun lepas, Martial Arts Fest (MAF). Oleh kerana cintanya aku kepada seni beladiri, aku mengajukan buah fikiran ini kepada sekretariat yang bertanggungjawab untuk membantu merealisasikan acara kali ini, Sekretariat Rakan Muda UTP. MAF dijadualkan berlansung di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Ipoh pada 10-11 Oktober nanti.
MAF adalah impian aku untuk mengumpulkan sebanyak mungkin pelbagai jenis aliran seni beladiri yang wujud di Malaysia di bawah satu bumbung bagi mewujudkan perpaduan tanpa ada unsur diskriminasi. Aku sendiri rasa sedih dengan perpecahan yang berlaku dalam organisasi Silat di Malaysia termasuklah kepalanya sendiri, Pesaka. Semuanya penuh dengan hasad dengki dan khianat. Lumrah orang Melayu. Akhirnya aliran budaya lain yang menelusuri jiwa sanubari kita.
Lupakan seketika perkara emosi berkenaan. Untuk menjadikan MAF lebih rancak, aku juga merancang acara untuk memecahkan rekod Malaysia dengan melakukan sepakan tanpa henti selama 24 jam. Pada asalnya aku mahu turut serta menyepak, tetapi untuk lebih fokus terhadap pengurusan aku melupakan hasrat itu.
Ianya tak seperti yang dirancang. Dari tahun 2008 aku berusaha untuk mengadakan MAF, namun banyak kekangan yang timbul. Waktu itu Wani Tom sebagai Exco Rakan Seni Beladiri banyak membantu. Oleh kerana idea terlampau gila yang keluar waktu itu masih belum dapat diadaptasi oleh para komiti lain, maka jadinya aku berputih mata.
Tempoh penghujung 2008 dan awal 2009 dengan secara tiba-tiba semangat yang hilang muncul kembali. Aku tak tahu dari mana muncul peluang tersebut. Semua idea-idea di atas yang selalu bermain dalam kepala otak aku selama ini aku karangkan di atas kertas. Kali ini bukan main-main. Waktu ini muncul manusia tabah yang bernama Shikin dalam kepala otak aku. Shikin merupakan setiausaha kepada Wani Tom. Oleh kerana Wani Tom punya dedikasi berat terhadap perkara lain, aku menagih Shikin untuk membantu aku dalam mengorak langkah menjayakan acara tersebut.
Aku masih ingat sepanjang malam masa dihabiskan bagi menyiapkan kertas kerja acara berkenaan. Bukan senang untuk merangka acara peringkat negeri. Nasib baiklah Shikin punya pengalaman luas. Banyak yang dibantu. Dari waktu itu, kami mula melamar Niki, Yani dan Din untuk melengkapkan organisai Majlis Tertinggi. Semuanya berjalan lancar dengan kerjasama yang hebat diberi dari setiap orang.
Dengan kudrat kami berlima, segala bentuk modal dikerah dengan rasa ikhlas. Dari modal tenaga, masa hinggalah kewangan. Semuanya disumbang tanpa mengharapkan sebarang balasan. Harapannya agar acara ini terjadi seperti yang dirancang. Aku berterima kasih sangat-sangat pada semua. Hutang budi dibawa mati.
Shikin merupakan timbalan aku yang garang. Walaupun lebih muda dari aku tapi dia tua pengalaman. Banyak acara besar sudah disertai. Kalau tak ada dia, aku rasa acara ini akan hilang keformalitian jika diikutkan kepala aku. Dia banyak membetulkan landasan aku yang silap.
Niki seorang setiausaha yang ceria. Suka menceriakan kami semua. Juga selalu mengeluarkan idea yang mempunyai faktor-X. Aku suka dengan hasil kerjanya. Sangat teliti. Dan dia sangat bersemangat sekali dengan acara kali ini. Aku tafsirnya dari fail yang sering dipikul olehnya. Aku amat terharu.
Yani pula setiausaha yang serius. Takut aku hendak melawak lebih-lebih dengannya. Lagi pula dia jarang bersama, maka ikatan yang wujud tak terlampau erat. Tak pasal-pasal aku dijuring olehnya nanti.
Din bendahari yang agung sekali. Dia senyum-senyum saja kerana acara ini tak berduit. Shikin yang melamarnya pada mulanya. Sumbangan yang diberikan tersangatlah positif. Aku sentiasa merindukan kereta Volvo klasik itu. Banyak jasanya di Ipoh.
Mahu saja aku bercerita setiap perkara, tetapi nanti akan jadi panjang pula. Biar sajalah ia menjadi kenangan dalam hati masing-masing. Mulai saat itu kami berlima pun bekerjalah dengan penuh suka duka. Dengan senang hati kami menerima lebih kurang 40-50 komiti untuk membantu. Terima kasih kepada semua komiti yang terbabit walaupun ada yang sudah pergi. Aku tetap mengenang jasa kalian semua walaupun cuma seketika. Sebabnya kamu antara yang berani menyahut cabaran di awalnya walaupun tekandas di pertengahan. Aku tak salahkan kalian. Acara perintis memang susah. Untuk yang menyambung selepas ini lebih mudah. Apapun aku hargainya. Jika mahu tuntut apa-apa, silakan.
Buat komiti yang disayangi, teruskan usaha kalian untuk hari-hari terakhir ini. Shikin yang tak tidur teman aku siapkan kertas kerja. Niki yang teman aku ke KL dan beremosi dengan Ricky Yap. Shikin, Niki, Yani dan Din yang selalu teman mesyuarat sampai tengah-tengah malam. Selalu teman lepak bila aku dalam kelaparan. Sampai ke Lumut membuat ikatan. Kepada Din sila tunggu saat bahagia kita bermain 'True or Dare' bersama nanti. Pergi ke Ipoh dengan Volvo klasik untuk mencari ais krim dan tengok Ong Bak. Niki yang teman ke hulu dan ke hilir untuk membeli kotak polistrin. Izaan, Nody, Haikal dan Amal, aku masih ingat usaha kita menebalkan muka berjumpa orang-orang besar. Kalian memang gigih. Irzie, Nisha, Syimah, Hanis, Suria dan semua komiti yang rela dihitamkan kulitnya untuk membasuh kereta. Adib, CT Kay, Moly dan semua bahagian tajaan yang selalu diganggu oleh aku sampai tak dapat tidur nyenyak dengan kertas kerja penajaan. Padil, Hidayah, Edie, Balkis, Pojan, Haikal yang banyak bantu aku dalam menjayakan Kick-A-Ton. Yang terpaksa bangun pagi untuk membantu aku berlari di padang. Madi, Ron, Topek, Deros dan Mat yang tolong aku jual nasi lemak dekat Old V5 dan kena tahan dengan aku sampai tak boleh tidur untuk siapkan plan untuk Angeline tersayang. Naila, Fiza, Afiq, Farid dan komiti aktiviti yang selalu bikin aku risau dengan kesahajaan kalian. PNP yang bersemangat membantu menceriakan karnival basuh kereta dan membantu merekabentuk logo MAF. SFNB yang buat kerja dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Kumpulan aku semasa hari keluarga yang berkerja dengan baik sehingga muka kita tak dicalit Buncho mahal!. Walaupun ada yang masih kekal dan ada yang sudah tiada, jangan sekali kita lupakan mereka kerana mereka pernah berpeluh untuk kita.
Aku rasa sedih sangat bila tak dapat menjalankan acara seperti yang dirancang. Rasa diri aku sebagai pengarah projek gagal dalam mengemudi kalian. Oleh hal kewangan saja, acara kita tertangguh. Aku tak salahkan bahagian penajaan. Yang aku salahkan diri aku kerana tak dapat berfikir dengan lebih kreatif untuk menggandakan wang yang ada. Aku pun bukanlah anak orang berada untuk menagih sumbangan mereka-mereka. Aku hanya menolong setakat termampu. Rasa bersalah sangat kerana terpaksa menyusahkan kalian dengan menunda ke semester yang seterusnya. Dan rasa bersalah kerana tak dapat terus mengemudi kalian untuk semester ini. Oleh kerana tanggungjawab kerja di pejabat, aku terpaksa melepaskan seratus peratus beban aku kepada Shikin. Bukan aku mahu melepaskan tanggungjawab aku, tetapi memang aku tak dapat membantu. Setakat memberi nasihat dan saranan tu bolehlah. Lagipun aku di KL manakala kalian di Ipoh. Jaraknya jauh berbatu.
Jika kalian mahu menyalahkan aku kerana lepas tangan terhadap acara ini, silakan. Aku tak kisah. Tapi cuba kalian berada di tempat aku. Contoh keadaan aku bagi sesiapa yang mengenali aku, aku amat sayang Silat dan komited dengannya. Dan sebab Silat aku buat MAF. Aku yang menghidupkannya kembali dengan Pene satu ketika dahulu. Jadi hinggakan terhadap Silat pun aku terpaksa melepaskan tanggungjawab, inikan pula MAF. Aku sangat sayang MAF. Aku yang memulakannya dari tahun 2008. Aku menghabiskan banyak masa, tenaga dan wang ringgit untuknya dan aku tak pernah berkira. Resit minyak dan tol aku berulang alik ke KL dan Ipoh tak pernah aku simpan. Kerana aku tahu aku pengarah projek dan aku tak patut minta. Ada pernah hingga setiap hari aku berpuasa dan berdoa moga tuhan memudahkan perjalanan MAF. Semester lepas aku mengabaikan komitmen lain kerana mahu fokus terhadap MAF. Nasib baik aku punya orang yang memahami aku satu ketika dulu. Terima kasih buat dia. Tapi sekarang dah tiada.
Alhamdulillah. Dulu kita susah, sekarang kita senang. Dulu nak dapat tajaan pun payah, sekarang MBI pun berhati murah. Dulu kita bersusah maka sekaranglah hasilnya. Aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua komiti lama dan baru atas penat lelah kalian terhadap acara ini. Aku tak tahu dengan apa aku nak balas.
Buat tukang sepak, aku doakan kalian berjaya memecahkan rekod. Aku tak tahu siapa yang terlibat kali ini tapi aku merakamkan penghargaan untuk mereka yang bersama aku waktu itu, Chan yang hebat, Irongirl Ernieza, Paker, Zakwan, Apis, Zul, Ahmed, Nadia yang comel, Syad yang gigih, Naveshini dan Amira. Aku minta maaf sepanjang aku melatih kalian, ada yang bengkak dan terseliuh. Kalian nak kata aku kejam, silakan. Tapi kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Deraan fizikal dan mental itu kita rasai bersama. Buat komiti kebajikan, aku rindu kalian. Rindu senyum tawa kalian. Nanti kita bekerja bersama-sama ya. Tunggu aku di sana. Kita sepak tiang bendera ramai-ramai.
Cukuplah coretan kali ini. Panjang sangat aku tulis. Ini semua ikhlas dari hati. Aku tujukan kepada semua yang terlibat dan pernah terlibat dalam MAF kali ini secara langsung atau tidak. Walau setitik peluh kalian keluar, aku hargainya sampai mati. Semoga berjaya nanti. Realisasikan impian menjadi kenyataan. Dan impian aku lagi satu, mahu kalian menyanyikan lagu 'I Have A Dream' nyanyian Westlife. Ini jiwang buat seketika tetapi aku peduli apa. Aku mahu ucap terima kasih banyak-banyak dan maaf atas salah silap aku selama ini. Terima kasih juga buat rakan SRM, Iera, Faizal, Matyi dan lain-lain.
Sekian,
Mohd Hafiz Jamaludin
Mantan Pengarah Projek MAF 09

12 berhipotesis:
go bijan go! semnagat ini yg kite cari... semangat yg suci bukan kerana nama bukan kerana sijil apatah lagi balasan wang ringgit.. xperlu tunggu hari event! aku da nampak di mana letak nye kejayaan MAF! Syabas!!!
bgus2..ko mmg ad ciri2 pemimpin yg berjaya..
dan ak tau cemane susahnye nk buat event perintis cam MAF ni sbb ak tgok Sikin kerja keras nk setelkn keje..
semoga berjaya..
jmpe ko di UTP nnti..
nota kecil:nnti banje la ak ek bile ko dtg sini..lalala~
pehe:
sebelom event pun aku dah byk belajar mcm2.
terima kasih semua.
kini ak dah matang.
antara faktor lain selain dari besday aku.
wani:
eheh.
sian shikin.
xpela.
aku da work on selama 1 sem.
bg aku pulak rilek.
eheh.
nota besar: aku tuntut hadiah aku.
sila menembak banyak2 dan bagi aku lihat hasil kamu yang mengagumkan itu!
semoga berjaya MAF!~
hahaha...
bijan setel gak projek ko..
(bekas projek ko)..tp kira halal lah..
naseb bek x extend agi..
kepada sesiapa dah jayakan maf09..(walaupun niki kate ianya tiada 09)
tapi '09' tu buat event nmpk kool kjp..
bajet cm nk wat tiap2 taun..
weh..ak ad cadangan br...maf2010..
ak - pm
ko - apm
shikin - nazri
madi - kasik stay (seorg yg bajet komited + resist)
ctkay- sponsor
naila - ane
kompem...
maf2010 extend 2011
zara:
sudah ditembak!
nawar:
trimas!
adib:
hahah.
trimas & tahniah kat korang semua.
sori jugak salah silap aku sepanjang bersama.
taun dpn aku blk utp nnti lepak sama sama pas aku kumpul duit byk2.
haha.
aku rasa extend 2020.
good luck bro..
gua bole support moral je..
:)
fuh, 2 hari baru aku abes baca. :D
semutzapi:
thnx bro.
gua hepi.
haha.
afe:
akhirnya sempurna.
aku buat post tu x sampai setengah hari.
:D
cool lah. aku, satu seni beladiri pon tak tau.
bela pakai mulut bole la sket sket. :P
afe:
ahaha.
begantung pada minat lah.
pki mulut pon bole.
bagi panas telinga org pastu cabut la.
:D
Catat Ulasan