Selasa, Oktober 27, 2009

kepimpinan hangat-hangat tahi ayam

Hampir setahun sudah berlalu sejak aku enak bersuara mengenai politik kampus yang berlaku di UTP. Hampir satu semester pula aku terputus khabar berita mengenai isu yang melanda UTP. Kadang-kadang saja aku mendengar keluhan dan bicara dari sahabat handai yang masih berada di sana.
baca seterusnya!


Dan seperti yang semua tidak sedia maklum, pilihan raya kampus di UTP akan melanda tidak lama lagi. Dan aku sekali lagi ingin lantang bersuara mengenainya. Kali ini bukan ingin menghentam calon seperti yang aku lakukan dulu di sini. Tetapi pada kali ini aku ingin menghentam kepimpinan mereka yang bakal melepaskan jawatan tidak lama lagi, iaitu calon yang menang sebelum ini.

Ya benar. Aku pernah memuji kewibawaan mereka di sini suatu ketika dahulu. Tatkala itu aku mahu meninggalkan UTP untuk berlagak seperti orang bekerjaya selama 8 bulan di ibu kota. Ya! Aku memuji mereka kerana mereka menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik sekali.

Namun itu hanya sementara. Setelah bermulanya semester baru, rata-rata mereka ini mungkin telah lemau akibat menghadapi cuti yang terlalu lama tanpa ada sebarang unsur motivasi. Atau mungkin unsur motivasi yang ada disulami dengan sikap meninggi diri. Perjuangan mereka kini tidak seperti dahulu.

Mungkin dahulu mereka bertanding dengan golongan yang seangkatan dengan mereka, maksud aku tahun belajar. Jadi apabila mereka menang saja, mereka harus melakukan yang terbaik kerana mereka diperhatikan. Namun apabila calon-calon yang kalah ini (rata-rata) sudah tidak ada lagi di UTP untuk berlagak seperti orang bekerjaya macam aku, prestasi mereka jatuh merudum. Mungkin mereka merasakan yang mereka cukup selesa waktu ini kerana tiada lagi pengacau tepi kain untuk melakukan 'check & balance' bagi kerja mereka.

Kini kedengaran rintihan di kalangan pelajar mengenai masalah rangkaian internet yang kian lembap. Masalah air yang melanda di V5, hub DC++ yang sudah dihapuskan, minggu belajar yang dimansuhkan dan macam-macam lagi onar yang berlaku. Di mana barisan kepimpinan hangat-hangat tahi ayam ini? Mereka merupakan pejuang hak pelajar, bukannya pembela pihak pengurusan. Jika dulu sebarang masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan mengapa sekarang tidak? Dulu mel elektronik selalu saja menerjah peti masuk aku kerana mahu menunjukkan kesungguhan mereka bekerja. Tetapi apabila semester baru bermula, aku hanya memperolehi sekurang-kurangnya dua kiriman kalau tidak salah. Satu darinya mengenai petisyen untuk mengembalikan minggu belajar kepada para pelajar. Lagi satu adalah mengenai kutipan derma mengenai mangsa kebakaran di Johor. Betulkan aku jika aku tersilap. Di mana keikhlasan dalam bekerja kalian? Hanya Tuhan yang tahu.

Walau apa pun, aku mengkonklusikan bahawa efisiensi kepimpinan ini semakin patah kaki setelah tiada lagi mata-mata yang sanggup memerhati mereka. Aku ada terdengar usaha satu sayap MPP yang memansuhkan penggunaan polistrin di semua kafe di UTP. Katanya mahu meningkatkan kesedaran kesihatan di kalangan pelajar. Aku puji tindakan ini cuma mereka tidak lain tidak bukan hanya meninggalkan lubang yang dalam untuk para pelajar. Ibarat mengorek lubang di tempat lain untuk menutup lubang di tempat lain. Perkara ini mengakibatkan para pelajar terpaksa berbelanja besar untuk menikmati juadah kerana faktor kos bekas makanan yang terbiodegradasi kononnya. Sayap MPP ini sepatutnya menyelesaikan masalah yang melanda, bukan hanya tahu mencipta masalah. Sepatutnya bersama-sama dengan tindakan itu, mereka melancarkan kempen membawa bekas makanan sendiri. Pihak kafe pula harus memberi diskaun berpatutan untuk menggalakkan para pelajar membawa bekas sendiri. Perkara ini sudah lama dipraktikkan di universiti-universiti lain, tapi tidak di UTP. Apa cerita MPPUTP yang melakukan lawatan ke universiti-universiti lain tetapi tidak mengambil input yang berguna. Menghabiskan duit pihak pengurusan saja.

Aku rasa cukuplah satu perkara saja aku naikkan sebagai contoh walaupun banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan. Petisyen yang dikumpulkan pun tak membawa kesan. Sia-sia saja buat kain rentang besar-besar dahulu yang mahu memaklumkan kepada semua isi UTP yang mereka ini buat kerja.

Mengenai calon MPP yang baru, bertandinglah dengan ikhlas. Jangan hanya fikirkan jawatan kerana tanggungjawab pemimpin ini amat besar. Ke mana saja pergi kalian akan diperhatikan walaupun dalam senyap. Kalian adalah ikon warga kampus. Penentu masa depan mereka. Jangan hanya setakat hangat-hangat tahi ayam seperti mereka sebelum ini.

Dan satu komen aku, hentikanlah propaganda 'XXX For All' dan lain-lain lagi yang sekadar meniru. Mengapa tidak buat 1UTP saja? Idea yang dijana tidak segar langsung. Beginikah caranya mahu jadi seorang pemimpin. Maaf kata jika ada terlanjur bicara. Seriusnya aku tidak mengenali seorang pun calon yang bertanding. Jadi tidak ada unsur menangkan atau menjatuhkan calon. Aku hanya memberi komen secara umum.

Akhir soalan, bolehkan kami pelajar yang sedang berlagak seperti orang bekerjaya ini untuk mengundi pos? Kerana kami akan berada bersama kepimpinan mereka pada tahun hadapan. Kami ada hak dan kami berhak. Oh! Di sini wujud kewajaran undi pos apabila ada pihak yang mempertikaikannya. Sekian.

Sisipan:
Aku akan bertanding sebagai calon umum Majlis Perwakilan Pelajar UTP kali ini. Untuk mengundi taip <MPPUNDI> jarak <BIJAN> jarak <Bilangan Undian> dan hantar ke 32555 atau YM/GTalk: 'bejahnz'. Cth: 'MPPUNDI BIJAN 10' untuk 10 undian secara pukal. Manifesto boleh dirujuk di
sini.

Nota: Sisipan di atas hanyalah gurauan. Dalam politik, kadang-kadang yang bijak adalah di bawah. Yang bodoh-bodoh saja berada di atas untuk memperbodohkan mereka ini dan mereka itu. Macam siapa yang berada di atas itu? Macam Anwar! Sekian.

13 berhipotesis:

limauais berkata...

ak yg kt utp ni xknl sorang pon calon2 brtanding..seyes xtau nk pangkah sape nti..
kalo stakat dgr dri mulut org psal derang mcm ni mcm tu la,mne leh caye trus..kn nmpak keje yg derang wat dulu..kan..
ko tlg vote tuk aku ah..hahaha..

sya-shan berkata...

ceyh, nk jugak promote muke die kat sinar harian tuh. lol~

bijen m. berkata...

wani:
ko baling jer dadu.
huahuahua.

nola:
hahaha.
mesti beb.
1Malaysia.

limauais berkata...

bijen,ak da vote..
nmpak ensem cket,ak trus pangkah..hahaha..
ko xmai ke vote?penat ak tgu..ngeh2..

bijen m. berkata...

wani:
wahh.
ko undi sume laki ke?
hahak.
aku depend on ko weh.
yg penting aku nk sem dpn aku bahagia tanpa masalah.

pink tudung for today. berkata...

"Di mana keikhlasan dalam bekerja kalian?"

yang ini: tak patot ditanye. kerane, tak semestinye usehe dilakukan tak ikhlas/ikhlas dan tak semue anda/kite mampu nampak.

"Hanya Tuhan yang tahu."

yang ini: ok. betul. insya-Allah..

hurm. pandangan saya:
setiap tahun, para pelajar selalu mempertikaikan kewibaan mereka yang bertanding. belum sempat mereka bekerja, terlalu banyak rumor atau kata kata belakang yang agak kurang enak didengari. apakah kita benar-benar mengetahui kewibawaan sebenar mereka atau kita melihat pada "secalit kotoran" yang mungkin ada pada diri yang bertanding/dibawa olehnya? namun pula, kian semakin ramai yang tidak berpuas hati pada si bertanding, maka agak membanggakan apabila UTP kini mampu melihat calon-calon baru yang berbeza latar belakang. namun, keputusan pada kempen pilihanraya lepas jelas memberi kejutan pada semua/sesetengah pihak. mengapa? entahlah. saya pun terkejut juga. yang saya undi pun kalah. berbalik pada soalan, saya tertanya-tanya bilakah saya boleh melihat seorang pemimpin pelajar yang mampu memuaskan hati semua pihak yang mana, beliau itu mampu melaksanakan semua permintaan para pelajar yang sentiasa merungut tanpa usaha... mungkin kata-kata seperti ini mampu memetik suatu pemikiran di kepala;
"perubahan bagaimana yang dikatakan begitu lengkap tanpa memikirkan usaha-usaha yang cuba untuk merosakkannya?"


saya pun tak tahu lah nak kata ape... weeeheee~

marilah "gaduh" baek-baek :)

mohon maaf dan terima kasih.
assalaamualaikum.

bijen m. berkata...

tudung pink:

"Di mana keikhlasan dalam bekerja kalian?"
- ini adalah satu soalan umum.

"Hanya Tuhan yang tahu."
- ini pula jawapannya.

menjawab pandangan saudari.
ini yang sepatutnya harus berlaku.
berfikir sebelum bertindak.
mengkaji sebelum mengundi.
bukan nak tunggu nasi dah jadi bubur.
sebelum mengundi kita kena tahu faktor latar belakang calon, kewibawaannya dari prestasi lepas, dll.
dari situ kita boleh membuat keputusan sama ada calon ini layak atau tidak untuk memimpin kita nanti.

dari dulu sampai sekarang calon berbeza latar belakang, tapi yang menang hanyalah yang dominan.

mengenai keputusan pilihanraya yang lepas, saya langsung tak terkejut.
kerana saya dah jangka perkara itu akan berlaku.
tambah lagi dengan sikap 'mereka' yang bising mahukan perubahan tapi masih tak mahu berubah untuk turun mengundi.

orang berbudi, kita berbahasa.
budi baik, bahasa pun baik.
budi kurang cemerlang, bahasa pun turut sama.
soalan yang diajukan itu boleh dijawab dengan usaha anda sendiri untuk meneliti calon yang layak dipilih.
bukannya lepas mengundi baru nak tengok kewibawaannya.

dipersilakan dan salam.
:)

in brown tudung... berkata...

pandangan anda diterima...

dan sokongan saya berbunyi begini. andai yang bertanding kalah kerana salah sesetengah pihak yang agak "berat punggung" meninggalkan bilik untuk turun mengundi, tidakkah saudara melihat apa tindakan seterusnya yang patut diambil oleh warga-warga kampus seperti saudara ini kepada mereka?

saya lihat, mereka hanya tahu meminta dan tidak tahu lebih dari itu. maaf lagi dipohon. :)

bijen m. berkata...

tudung koko pulak hari ini:
barisan inilah yang harus memecahkan kepala otak mereka berfikir untuk memecahkan mentaliti dan tradisi orang orang mcm ini.

kalau bagi saya.
sekat semua bentuk hiburan.
internet, dc++, mirc, dota dll.
timbulkan lagi byk masalah.
baru mereka belajar erti bersyukur.
paling tidak pun mereka akan bersepakat untuk turun padang meninggalkan kerusi di bilik untuk fight masalah ini kerana dah jadi masalah global.

tp ini hanyalah stau tindakan kejam.
muahahaha.

nawez berkata...

saya mendapat tahu bahawa ade seorang budak department saye yg telah saye pecat dengan ganasnye (sebab beliau sgt tidak berwibawa) telah menjadik hicom mpp skang. secara jujurnya saya sangat tak tau nak cakap ape. adekah saya bersalah sebab saye tidak turun mengundi? huh. saye tengah intern kot. :D

bijen m. berkata...

xperlu lah ckp apa apa selain gudlark.
kau tak bersalah pun.
kerana satu undi kau takkan mengubah sejarah.
huahuahua.

in brown tudung..again. berkata...

Mungkin benar pendekatan anda.

Maka, apakah barisan kepimpinan lepas tidak melakukan apa-apa untuk membanteras masalah-masalah yang saudara senaraikan di atas? Jika adalah lebih baik membiarkan masalah-masalah tersebut berakhir menjadi “global”, apakah saudara menganggap barisan lepas yang cuba melakukan sedikit usaha tetapi tidak seberapa itu satu bahan ? Mereka tidak memenangi “pujian”kerana mereka dilihat tidak mampu memuaskan hati para pelajar UTP yang sepertinya hanya mampu memikirkan masalah dihadapi ketika cuba mengakses nota-nota untuk mentelaah MUNGKIN! diselangi cereka wayang bagi menggantikan TGV di Ipoh, atau akses Internet untuk melayari laman “facebook”.

Jika kita meletakkan akal di kepala untuk berfikir, apa yang dilakukan memanglah tidak seberapa. Akan tetapi, jangan kita hanya pandai melihat dan mengata sekiranya kita sendiri tidak berusaha membetulkannya. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Peribahasa yang sangat indah di bahasa tetapi tidak indah di hati manusia apatah lebih jauh lagi di kepala.

Mungkin, cara “kejam” saudara itulah penyelesaiannya. Andai ia pasti berkesan, dan menganggapi hanya saya seorang di UTP, dan jika saudara bertanding, pasti saya akan memilih saudara di antara yang bertanding dan menunggu dengan sabar untuk melihat pilihanraya akan datang bagaimana rasanya saudara dibicarakan.

Mohon maaf andai saya agak sinis di sini. Tetapi, inilah realiti. Kadangkala, kita hanya tahu menuding tetapi kita tidak sedar apa yang dituding kita itu tidaklah benar sangat sebulat-bulatnya dan kadang-kadang tidak dinafi ada juga yang berpihak pada kebenaran. Jika begini, UTP masih belum mampu menghasilkan “a well-rounded student.”

Let’s put our head to think this primary school level idiom “put yourself in others shoes…”. C’on! We’re university students rite?!

Walaubagaimanapun, saya memandang pandangan saudara adalah satu pandangan yang ada kebenarannya.

Hari ni terpakse pakai tudung coklat lagi la. :)

Sekian, terima kasih.

bijen m. berkata...

tudung coklat tak basuh :)

pepatah kata;
org berbudi kita berbahasa.
org memberi kita merasa.
org beri makanan basi, perut kita sakit la.
dalam jamban pasti menyumpah.
(yg menyumpah itu org di sana, saya tgh intern)

salah peribahasa tu.
sepatutnya ibarat tin kosong.
yang kelenting kelentong buat bising tapi tak ada apa di dalam.

perihal cara kejam itu, sebenarnya kita boleh buat.
tapi dengan perancangan rapi.
bila dah nampak sequence n consequence.
bila dah lebih pro dari kontra.
kena kaji betul2.
dan barisan yang mahukannya itu perlu bekorban tahi telinga dengan cacian dan makian untuk satu titik perubahan yang akan dinikmati pada generasi seterusnya.

saya pernah berdiskusi secara sihat dgn cik ahmad di unit ko-q mengenai survival politik malaysia secara khususnya mengenai rasuah.
apa yg dpt dikonklusikan adalah:
1. dlm politik malaysia wujud 2 golongan; baru dan lama.
2. rasuah sudah sebati pada golongan lama; ibarat luka dah jadi kudis.
3. apa pun cara yg dilakukan takkan dapat membanteras isu rasuah.
4. oleh itu tggjwb golongan baru untuk mencegah diri daripada mendapat luka.
5. golongan baru ini akan dikecam hebat oleh golongan lama kerana sikap mereka yang menolak tradisi.
6. tapi golongan baru ini harus kuat, tabah dan cekal untuk tunggu sehingga period golongan lama ini berakhir.
7. bila generasi golongan baru ini sudah sepenuhnya mendominasi, maka masalah rasuah akan selesai dgn sendirinya.

namun harus diingat, ini adalah pelan jangka panjang dan mungkin mengambil masa berpuluh tahun bagi sebuah negara seperti malaysia.
ambil contoh ini dan kecilkan skop ke dalam utp.
sekian.


ikut dan lawati buah fikiran mereka di bawah ini!