Khamis, Oktober 29, 2009

promo maskara shorties

PERHATIAN: ACARA BERMULA TEPAT PUKUL 7:30 (Selepas Maghrib)

Klik poster untuk saiz besar. Salin, muat turun dan cetak. Tampal di lif dan tandas pejabat. Biar semua orang tahu. Terdapat lebih daripada 20 buah filem dalam pelbagai rupa dan bentuk yang akan ditayangkan pada malam itu. Habis pukul 1.30 pagilah jawabnya.

Soalan-Soalan Yang Sering Ditanya (SYSD)

1. Di mana terletaknya Rumah Pena itu?
Sini ada peta: PETA. Rumah Pena terletak di sebelah Rumah GAPENA. Bertentangan jalan dengan bangunan MAA.

2. Macam mana hendak sampai ke Rumah Pena?
Kalau anda masih percayakan sistem perkhidmatan awam negara tercinta ini, anda boleh gunakan Ampang Line (sebelum ini dikenali sebagai Star line) ataupun Monorail, turun di Stesen Hang Tuah. Dari stesen ini, anda boleh berjalan kaki ke arah Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka. Insya' Allah dalam 20-30 minit anda akan sampai. Sila pakai minyak wangi secukupnya. Kalau mahu gunakan teksi, boleh berhenti di hadapan Bangunan MAA (Jalan Dewan Bahasa atau dahulunya dikenali sebagai Jalan Lapangan Terbang Lama) dan menyeberangi jalan dari situ.

3. Saya tak ada duit nak bayar tiket
Masuk PERCUMA. Diulangi, PERCUMA. Ulangan kali kedua, PERCUMA!

4. Di mana nak beli tiket?
Masuk PERCUMA.

5. Tiket harga berapa?
Rujuk perkara 3.

6. Bolehkah saya memakai baju kebaya?
Kalau kamu perempuan, dipersilakan, tapi ini bukan Dewan Filharmonik Petronas. Kalau lelaki, sila fikirkan perasaan dan kasihanilah selera orang sekeliling.

7. Bolehkah saya memakai t-shirt sahaja?
Boleh, pastikan anda pakai seluar sekali.

8. Bolehkah saya tidak mahu memakai apa-apa?
Paling kurang pun, pakailah minyak wangi.

9. Apa itu MASKARA?
Datang dan anda akan tahu.

10. Saya seganlah untuk datang.
Tok Rimau akan sentiasa ada untuk menguruskan keseganan anda. Mat Jan pun mula-mula pemalu, namun sekarang dia yang paling galak di atas pentas.

11. Tiket masih ada lagi tak?
........

12. Bolehkah saya buat rebiu acara yang tidak mengadakan sesi diskusi?
Pasti boleh. Rebiu, kritik, ulasan, laporan bergambar di blog, Facebook, Myspace, forum, majalah dan surat khabar adalah digalakkan pasca-maskara. Jangan lupa beritahu kami, boleh kami pautkan laporan itu.

13. Ada makan-makan tak?
Setakat nak alas perut, insya'Allah ada. Tetapi kalau mahu kenyang terbelahak, minta maaf banyak-banyak, anda tersalah majlis.

14. Ruang letak kenderaan cukup atau tidak?
Kalau kamu memandu bas atau kepala lori kontena, mungkin tidak cukup. Anda digalakkan datang bertumpang-tumpangan. Kalau kamu masih mahu memandu sendirian, sila patuhi arahan pegawai yang bertugas. Kami akan amalkan sistem parking FILO (First In Last Out). Jika menghadang kenderaan lain, sila tinggalkan nombor telefon di papan pemuka kenderaan anda untuk memudahkan anda dihubungi.

15. Di mana Rumah Pena ni?
Hendak dijawab dengan tangan atau dengan kaki?

16. Habis majlis pukul berapa?
Kami anggarkan akan tamat lewat jam 12 tengah malam. Kalau mahu pulang awal, pastikan kenderaan anda tidak dihadang oleh kenderaan lain. Kalau anda mahu pulang lewat, pastikan kenderaan anda tidak menghadang kenderaan lain. Kami akan amalkan sistem parking FILO (First In Last Out). Jika menghadang kenderaan lain, sila tinggalkan nombor telefon di papan pemuka kenderaan anda untuk memudahkan anda dihubungi.

17. Ada buah tangan tak?
Ada barangan yang diberi percuma dan ada juga yang dijual. Ringankan mulut untuk bertanya. Jangan mengambil barangan jualan tetapi tidak mahu membayar; buruk padahnya!

Nota 1 : Kenyataan di atas telah difabrikasi semula bagi menepati atau hampir menepati kaedah Bahasa Melayu sebenar.

Nota 2 : Nantikan kehadiran aku di sana. Sekian!


Ihsan dan sumber rujukan : Sindiket Sol-Jah

8 berhipotesis:

afe berkata...

haha

bijen m. berkata...

afe:
ayuh pergi.
jgn bg alasan.

cruzados.inc berkata...

sya seorg pelajar
dan tidak byk duit
kolo saya nk msk percuma boleh x??
ad ke pintu blkg ke..ape2 jln yg blh msk


SAYA SEORG PELAJAR X BERWANG..

bijen m. berkata...

rujuk perkara 3.
atau hendak dijawab dgn tgn dan kaki?

cruzados.inc berkata...

maaf abg bijan

sya ni agak dungu sket

masa kecik2 kene demam kuning

bijen m. berkata...

adib:
ahh.
sudahlah kau.
hahahaha.
nk dtg, dtg.
jgn bg alasan.
muahahaha.
ke ko bizi maf lg?
ahak.

limauais berkata...

agak2 kalo ak pegi,mamat khalid amek ak sbgai hero next film die x?
hahaha..

bijen m. berkata...

wani:
sejak bila hero adalah seorang perempuan?
ahak.


ikut dan lawati buah fikiran mereka di bawah ini!