Selasa, November 03, 2009

kisah maskara suka hati: satu reviu?

Aku sudah makin pulih dari penat hujung minggu. Tangan dah boleh menari kembali atas papan kekunci. Hanya otak saja sedikit menderita didera bebanan kerja tidak ikhlas iaitu mengisi pangkalan data selepas diarahkan oleh penyelia semalam. Hati aku kuat merasakan itu kerja sia-sia!

Ini entri reviu, entri istimewa. Mengenai passion seorang aku. Haha! Kisahnya aku menanti Maskara Shorties ini sejak sebelum raya dulu. Di awal-awal lagi aku sudah tampal iklan di blog menyeru ke arahnya. Sehinggalah ianya ditunda ke tarikh yang baru akibat masalah sistem Dolby Digital Surround Sound. Haha lagi!

Kira-kira seminggu sebelum acara, aku sudah mewar-warkan perkara tersebut kepada kawan-kawan yang aku suka yang pernah ke sana bagi bersama-sama sekali lagi mengimarahkan majlis. Semuanya bagi keputusan yang berwarna kelabu. Aku cuba berfikiran positif sehinggalah di pagi sabtu itu aku sudah tidak dapat lagi menafsir positif. Semuanya membilang perkataan negatif. Oh! Aku mahu buat apa lagi? Dasar budak universiti. Peperiksaan dijadikan alasan. Cis punya mereka. Tapi tak mengapalah. Ada aku kisah?

Pagi itu aku ada kerja sebenarnya. Pergi ke Klang untuk memetik picu kamera dari siang hinggalah ke senja. Merakam detik bahagia pasangan baru bernikah. Penat tu usah ditanya. Apa dalam kepala aku hanyalah Maskara, Maskara dan Maskara lagi. Hinggakan telefon bimbitku bising-bising saja hasil terjahan sms dari Luna bertanyakan jalan ke Rumah Pena. Bikin aku panas kerana aku masih berada di Klang. Si Zara pula mengingatkanku untuk membawa pulang barang baik untuknya dari majlis.

Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang jurufoto berwibawa, aku pun pulang ke rumah. Waktu itu hujan renyai-renyai. Aku pula sorang-sorang. Aku tinggalkan beg kamera yang aku sayang di rumah agar tidak turut sama demam denganku. Aku menempuh capahan hujan dengan bergaya kerana aku hanya menunggang motosikal untuk ke sana agar dapat membenarkan mulutku berehat daripada menyumpah kelak di tengah jalan raya.

Aku sampai ke destinasi yang dituju kira-kira jam 10 lebih. Kali ini aku berjaya untuk tidak membuat tawaf satu pusingan setelah pengalaman-pengalaman lalu sebati dalam diri. Gembiranya hatiku saat itu. Setelah itu aku pun melangkah ke dalam puak bersekongkol untuk sama-sama berhibur. Aku cuba hubungi Luna, tapi malangnya dia sudah pulang. Dasar budak universiti. Pantang saja pulang lewat. Nampaknya aku seorang diri di sana. Tapi aku kisah apa? Pedulikan mereka. Bukannya orang kenal pun. Aku pergi sana pasal nak berdiri terpacak sorang-sorang dekat tepi tu nak tengok filem. Sambil tu aku sempat membeli baju Sindiket Soljah dua helai dan sebuah buku Salun Eksotikata dari abang OP. Satu baju tu dikirim Zara yang tak dapat datang kerana jadi guru baru lantik. Oleh kerana baju itu harganya RM 20, jadi aku dapatnya secara percuma berdasarkan perjanjian yang telah termetrai. Terima kasih Zara!

Lepas agak-agak aku penat akibat deraan fizikal dan seksual semenjak dari pagi, aku pun pulang sorang-sorang. Balik rumah aku sambung susun gambar dalam album untuk diberi kepada pelanggan. Cis. Sebab itu hujung minggu aku sangat penat tapi bahagia! Apa yang aku belajar adalah melangkah dengan kaki sendiri mengejar passion untuk kepuasan diri. Sekian.

*Dari pagi sampai ke malam berborak pasal passion. Ceh!

11 berhipotesis:

Luna berkata...

cerita kau tak hot. hahahaha! ;p

sebenarnya, aku nak tunggu sampai habis tapi roomate kawan aku balik hostel dan tak bawak kunci, maka terpaksa balik.

betul, untuk passion sendiri, sendiri kena usaha.

:)

bijen m. berkata...

luna:
pedulik apa aku?
dan pedulikkan rumet kawan aku tuh.
hidup jgn menyusahkan org.
hahahaha!

alasan penafian curfew kau saja.

bijen m. berkata...

*rumet kawan kau.

Op berkata...

kamu memang kool kerana datang maskara shorties. tambah kool kerana borong t-shirt sol-jah! he he he.

Luna berkata...

Helo, penafian dan aku tak parallel oke?

Hahahahak

limauais berkata...

oh,ak x smpat pegi..
salahkan test yg blambak2,jgn salahkn aku..
ko x tgu ak kan?hahahaha..

semut api berkata...

bro,
sape dah sexual harrast sama lu...
musykil gua..

bijen m. berkata...

op:
yah.
kami x hot, kami kool.

luna:
sudah sudahlah.

limauais:
alasan.

semutapi:
sexual harrasment secara batin.

LORD ZARA 札拉 berkata...

dan atas dasar nama aku muncul berkali2, aku mahu letakkan kamu dalam penulisan terkini aku~

=p

fadz berkata...

passionate yg bagus, antara bebudak universiti, engko lah siswa yg berguna nanti sebab ko dah tunjuk ko ada visi dan kecekalan, bagus!

bijen m. berkata...

zara:
sila sila.

fadz:
trimas!
:D


ikut dan lawati buah fikiran mereka di bawah ini!