Klip di atas merupakan trailer filem terbaru Indonesia berjudul Merantau yang mengisahkan Yuda, seorang pengamal Silat Harimau yang merantau ke kota Jakarta. Cerita lanjut boleh dilihat di sini.
Bila diimbas aku rasa amat berbangga kerana sekali lagi ilmu persilatan dimartabat, diangkat dan dipromosikan di pentas dunia atau secara khususnya industri perfileman. Penantian dan impian aku kini berakhir selepas penat dengan sajian rentak irama Bruce Lee, Jacky Chan, Jet Lee, Tony Jaa atau secara konklusinya, seni mempertahankan diri luar.
Kini aku melihat prospek platform baru kepada seni silat untuk bertapak dan meneruskan warisannya terutama kepada bangsa Melayu di nusantara yang kini sudah kian dilupai.
Cuma kesalnya, bila diimbas secara teliti, wujud similariti filem Merantau ini dengan filem Ong Bak melalui konsep dan idea. Walaupun ada yang menafikannya dengan mengatakan gaya gerak tarinya masih berpencak, tapi bagi aku saduran filem lakonan Tony Jaa itu masih mimik dan melekat. Masakan orang yang tidak pernah berpencak dapat membezakannya. Apa yang dihasilkan bukanlah satu idea segar.
Dan bila aku teringat rancangan Bicara Siswa terbitan RTM baru-baru ini yang membincangkan soal hubungan Malaysia-Indonesia mengenai masalah pertikaian hak cipta budaya, sedikit sebanyak sikap prejudis terdetik. Sebelum ini Indonesia mempertikaikan tindakan Discovery Channel yang menerbitkan dokumentari silat dengan berlatar belakangkan identiti Malaysia. Mungkin dengan kemunculan filem ini, mereka mahu dunia sedar yang silat berasal dari sana kerana seringkali perkataan 'Indonesia' muncul dalam setiap rebiu filem tersebut.
Persetankan semuanya. Apa yang penting kini aku amat berbangga dan boleh tersenyum ria apabila filem berorientasikan seni silat muncul di layar perak. Diharap agar seni silat dapat bertapak kembali dengan meluas terutama di Malaysia.
Nota:
- Aku masih menanti kata-kata Ebby Yus dalam Melodi yang mahu mewujudkan kembali senario silat dalam industri filem negara.
- Secara tiba-tiba memori aku digamit kembali dengan rentak silat dalam cerita Keris Hitam Bersepuh Emas, Hati Waja, Ayub dan cerita lain yang menjadikan silat sebagai isinya.
- Teringat penglibatan Abang Ruzaidi dan lakonan silatnya melalui filem dalam dan luar negara.
- Silat Harimau atau Cekak Harimau ini merupakan versi silat yang aku gemari dan mahu belajar waktu kecil-kecil dulu.
Jangan marah jika anak kita diambil orang bila kita sendiri tidak pandai menjaganya.

11 berhipotesis:
aku nak bersilat juga~
tapi lupa pencak tarinya~
zara:
ayuh.
tarinya akan muncul sendiri di dlm diri apabila sudah wujud tahap keseimbangan.
dgn syarat kau sudah biasa bertari dan kau paham maknanya.
Ada berkarya kerana seni, ada yang berkarya demi material.
err.
rasenye x berkaitan di sini.
wakaka.
aku cuma nak cakap, kau kata ada byk elemen ong bak. aku melihat dari sisi ini: 1. filem ini pasal martial art, silat. 2. sebelum ini tade filem yg buat silat. 3. ong bak buat banyak duit. 4. kami buat filem mesti mau untung.
tetap tade kaitan? aih. wavelength tak sama.
elemen tetap silat.
masa awl2 trailer dia sudah menunjukkan kerambit, salah satu identiti silat.
cuma idea yang digarap dari ongbak.
di mana seorang adiwira yg berasal dari kampung pergi ke kota.
dan berlawan dgn samseng samseng di sana.
malah situasi pun hampir serupa.
cerita seperti ongbak aku x setuju sgt demi material.
mmg material penting.
tp filem2 thai spt ongbak lebih kepada mengangkat smgt patriostisme dan membudaya warisan muay mereka.
kalau kau bercerita pasal drama drama cinta 3 suku hidup segan mati tak mahu itu ya aku percaya material.
menggunakan seni untuk kepentingan material.
pendapat aku saja.
bukan org pandai dalam filem.
sekian.
wa tak pandai silat. berdiri terpacak sambil bercekak pinggang, tahu la!gamaknya, kalau apa-apa hal wa cari lu, heh he!
copyrimau :)
pyanhabib:
beres.
pisey:
tak serupa tapi sama.
haha.
selamt hari raya haji!
selamat jadi tuan haji!
Catat Ulasan